Repot Polis IHR & PADU

Gerakan Diskriminasi & Penindasan Sistem Kredit Sosial

DERAF REPOT POLIS


 
Pertanyaan?
Naturalist Party Malaysia

* pinda mana yang tidak berkenaan

[1] Pada [... bertempat di ....], saya [*dipaksa/diancam/didiskriminasikan/ditakutkan] oleh [*Kementerian/Ketua Jabatan/Majikan] supaya mendaftarkan 39 jenis maklumat peribadi kepada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi melaksanakan Sistem Perlindungan Sosial (Social Credit) melalui PADU; dan disebabkan kerajaan yang telah dipengaruhi pakatjahat jenayah keganasan 4IR (ideologi transhumanisme) Bahagian VIA Kanun Keseksaan, bagi mempatenkan cDNA semua manusia melalui gene therapy mRNA, paksaan suntikan 500 vaksin mRNA baru sebelum 2030, dan Pindaan IHR 2024.

[2] Kerajaan mengakui “Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah... perlindungan sosial melalui sistem PADU” dihalaman webnya. Justeru saya percaya pelaksanaan Social Credit PADU bertujuan melakukan diskriminasi kehidupan dan sistem hukuman melalui AI, tanpa proses undang-undang dan bicara mahkamah. Ini melanggar hak asasi di dalam Perkara 3 (1), 5 (1), 7 (1), 8, Sumpah dan Ikrar Jadual Keenam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

[3] Saya percaya pelaksanaan Social Credit PADU bertujuan menjadi sistem paksaan suntikan vaksin mRNA/cDNA bagi ramalan kosong virus amat berbahaya. Ini berhubung laporan polis saya No. [* masukkan Laporan Polis Langkah 1] berkaitan jenayah bioterorisme Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang menghendaki mempatenkan cDNA manusia melalui perdayaan pandemik WHO / Pindaan IHR 2024, sasaran paksaan suntikan 500 vaksin mRNA baru, Local Agenda 21 dan Smart Cities, serta pencurian data peribadi bagi melaksanakan institusi CBDC / matawang baru yang boleh memprogramkan batasan berbelanja melalui sistem badan manusia (Bretton Woods 2.0).

[4] Saya telah membuktikan pandemik palsu melalui laporan polis No. [* masukkan Laporan Polis Langkah 2], di mana KKM dan institusi kesihatan dunia tiada bukti jangkitan Covid-19. Ini dibuktikan melalui jangkitan secara rekaan “virus komputer (ujikaji PCR),” pengesahan Jabatan Perangkaan Malaysia “Jumlah kematian pada 2020 menurun 4.2 peratus dari 173,746 kematian pada 2019 kepada 166,507 kematian pada 2020,” dan pengakuan MOSTI tentang matlamat penjejakan status vaksinasi kini dapat dikesan melalui Blockchain dan Bluetooth. Ini membuktikan tiada pandemik, dan Coronavirus hanyalah penyakit biasa yang berlaku setiap hujung tahun atau kod genetik asal manusia.

[5] Saya menegaskan kepercayaan saya menurut https://bit.ly/laporanpolis, di mana keputusan mahkamah dan jutaan pakar kesihatan membantah vaksin mRNA melalui Great Barrington Declaration. Saya juga percaya pihak berkuasa dunia secara terbuka dan lantang menyokong jenayah Transhumanisme / Human 2.0. Oleh itu, saya mempunyai alasan kukuh mempercayai jenayah bioterorisme seperti yang dihuraikan Nuremberg Code sedang berlaku di [* tempat saya bekerja/negara Malaysia].

[6] Saya menekankan bahawa “TRANS” human bermaksud bukan manusia seperti “TRANS” gender, dan ini merupakan jenayah penghapusan spesis manusia asal. Pandemik palsu telah menyebabkan penghapusan spesis manusia asal homo sapiens, melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan dan prinsip Deen al-Fitrah di dalam Islam (memelihara pemikiran dan jasad semulajadi; definisi surah 30:30 dan syirik akbar 4:119-121). Vaksin ujikaji ini turut menyebabkan pembunuhan berjuta-juta orang, pencemaran darah, dan kemunculan penyakit baru yang tidak diketahui sebelum 2019.

[7] Berdasarkan laporan polis terdahulu, saya percaya langkah Social Credit PADU adalah kesinambungan dari pakatan jahat untuk mencapai Transhumanisme / paten cDNA / ID2020 / CBDC / penjara Social Credit. Ini dilancarkan melalui Kementerian Ekonomi supaya langsung berkontrak dengan NGO World Economic Forum dan World Bank. Gerakan insider trading ini dan serupanya dilaksanakan di seluruh negara, dan mengancam kedaulatan negara serta spesis manusia asal.

[8] Saya menegaskan arahan menteri material adalah tatakelakuan yang membatalkan Sumpah & Ikrar Setia Bahagian XV Perlembagaan dan bercanggah dengan prinsip Islam sebagai negara Deen Fitrah di Malaysia. Saya juga percaya Social Credit PADU dan gerakan 4IR adalah keganasan Bahagian VIA Kanun Keseksaan untuk menjayakan matlamat Human 2.0 dan sistem kerajaan berpusat melalui IHR 2024. Pindaan IHR 2024 secara terbuka menetapkan kaedah perubatan gene therapy dan aneh sebagai kaedah perubatan umum semata-mata. [* Tindakan perundangan, disiplin atau tribunal diambil adalah menyalahi Sekyen 19, 21 (c), 32, 217, 218, 219 Kanun Keseksaan].

[9] Oleh itu, saya sekeras-kerasnya membantah Malaysia menyertai Pindaan IHR 2024 / WHO dan Social Credit PADU. Saya membuat laporan polis untuk memohon siasatan dan tindakan [* ke atas ....] berdasarkan jenayah antarabangsa yang sedang ranck menular di dalam kerajaan Malaysia; dan memperdaya rakyat supaya terjebak dipatenkan sebagai produk cDNA / manusia transhuman (vaksin mRNA). Gerakan ini melanggar Perlembagaan, Akta Pendaftaran Negara 1959, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan undang-undang penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan selainnya. Ini adalah aduan saya.


Penerangan Terperinci

Ringkasan